Terdapat 15 bahaya yang timbul akibat ucapan (lidah) yang membawa pelakunya ke neraka, perkara tersebut adalah seperti berikut :
Pertama : Mengucapkan sesuatu yang tidak perlu
Kedua : Terdorong mengucapkan perkara yang batil (dosa)
Ketiga : Bercakap membuta tuli (tidak ikut hukum Islam dan bercakap tidak berdasarkan
ilmu disebabkan kejahilannya)
Keempat : Memaki hamun dan cakap kotor
Kelima : Nyanyian
Keenam : Bergurau
Ketujuh : Mengejek atau memperolok-olokkan
Kelapan : Menyebarkan fitnah, sumpah palsu, berdusta dan berbohong.
Kesembilan : Tidak mengambil undang-undang Allah SWT dalam memutuskan sesuatu perkara.
Kesepuluh : Mengumpat.
Kesebelas : Mengadu domba (menghasut)
Kedua belas : Lidah bercabang dua
Ketiga belas : Memuji
Keempat belas : Bersumpah setia kepada selain Allah
Kelima belas : Jangan berkata "kalau" pada kejadian yang telah berlaku.
AL-FATIHAH
ASSALAMUALAIKUM....
PERINGATAN PENTING UNTUK ANDA DAN SAYA....!!!!
Kesalahan membaca Al-Fatihah,
menyebabkan solat tidak sah.
Tahukah anda, semasa solat, wajib kita membaca Al-Fatihah dengan sebutan makhraj yang betul, tajwid yang betul, tartil yang betul, agar solat itu sah. Jika tidak, solat itu tidak sah.
Rukun qauli juga wajib dipenuhi, iaitu wajib membacanya secara berlafaz, tidak sah solat jika dibaca berbisik, suara angin, atau
dalam hati, sekurang2nya kena
didengari oleh telinga sendiri, baru sah solat.
Kalau ada salah dan silap bolehlaa betulkan....
ALLAH

Terdidik Kerana Sebiji Tembikai..
ASSALAMUALAIKUM.....
Terdidik Kerana Sebiji Tembikai...
Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya.
Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?." Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.
Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:"Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu
berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.
Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini.
Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala
ketentuan-Nya."
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Waalahu'Alam.

At-Taubah ayat 20
ASSALAMUALAIKUM......
Cuba tengok surah At-Taubah ayat 20.....surah yg tiada bacaan Bismillah..
الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ......
(Sesunguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang mema`murkan masjid sahaja) dan mereka itulah orang- orang yang berjaya.
~ Apa yg nak diajak berbicara ialah mengenai ayat yg tafsirnya...." orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah ".....
~ Nak ajak sahabat berhijrah dari benda yg baik kepada yg lebih baik..dan tinggalkan apa yg x seepatutnya....Khusus sahabat sekampung, sahabt2 poli dan smua sahabat yg mengenali diri ini....Tgok betapa bsar dan tinggi dan darjat di sisi Allah.....
~ Harap mengerti....kalian Pemuda Harapan Bangsa, Negara dan Agama....sama2 terapkan nur2 Islam dalam diri kalian....Insha Allah semoga semua dipermudahkan.....

Selawat Tafrijiyah
ASSALAMUALAIKUM......
Fadhilat Selawat Tafrijiyah ( selawat yang diamalkan alim ulamak....)
Antara kebaikan pengamal selawat ini:-
1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
2. Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
3. Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
4. Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
5. Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.
6. Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
7. Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
8. Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.
Imam ad-Dainuri r..a.
11 x – setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.
41 x – setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.
100 x – setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah.
313x – setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki.
1000x – tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.
.
Imam Qurtubi r.a.
41 x / 100x – Allah hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.
.
Imam Sayyidi Muhammad Khafi r.a.
Baca 4444 x dalam tempoh 7 hari 8 malam, kemudian diikuti dengan doa Selawat Nariyahh; Insya Allah tercapai hajat dengan baik dan sempurna.

GOLONGAN YANG SEDIKIT
ASSALAMUALAIIKUM.......
"Allahumaj'alni minal Qillah.."
(Ya Allah masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yg sedikit).
------------------------------ ------------------------------ ------------------------------ --------
Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang bermaksudnya:
"Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit"
Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika Sayyidina Umar sedang melakukan tawaf di Kaabah. Sayyidina Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya:
"Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?"
Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya yg bermaksud :
"Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur". (al-A'raaf: 10)
Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah."

Kesimpulannya,
Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin. Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji ,
"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Ibrahim: 7)
Ingat nikmat yang dikurniakan, Ingat Pemberi Nikmat yang Maha Pemurah mengurniakan segala nikmat kepada kita.
Ayuh kita jadi golongan yang sedikit , iaitu golongan yang bersyukur.
ALLAH
"Allahumaj'alni minal Qillah.."
(Ya Allah masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yg sedikit).
------------------------------