Solat Kita.....???

Hidup kelam kabut datang dari solatnya yang kelam kabut,
Hidup tak menentu datang dari solatnya yang tak menentu,
Hidup yang celaru datang dari solatnya yang celaru,
Hidup tiada keberkatan datang dari solat yang tak diberkati,
Hidup serba lengkap tapi hati tak pernah puas dan tenang, datang dari solat yang tak lengkap (ponteng dan tinggal),
Hidup tertekan datang dari solatnya yang tiada tama'ninah,
Hidup bermasalah datang dari solatnya yang bermasalah.
---------------------------------------------------------------
Hidup yang cemerlang datang dari solatnya yang cemerlang,
Hidup yang tenang datang dari solatnya yang tenang,
Hidup yang diredhai datang dari solatnya yang diredhai.

-"sesungguhnya BERJAYALAH orang2 yg beriman. Iaitu mereka yg KHUSYUK dalam SOLAT yg mereka lakukan" -
(Al-Mu'minuun:1-2)

*Hidup akan jadi luar biasa bila kita solat luar biasa -pesan guru... Selamat beramal...

HARI IBU....??

ASSALAMUALAIKUM....

*BUAT PENCERAHAN DAN PENJELASAN SAHABAT2 MENGENAI MENYAMBUT HARI IBU.....=)

Ustaz, apakah hukum menyambut hari ibu?

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ): Hari ibu ialah hari mother church atau ibu gereja kristian.. siapa yg nak sambut silakan... siapa yg rasa takut rosak akidahnya, sebab raikan hari besar kristian ini... jgn sambut!

Betul ke hari ibu haram di sambut?

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ): begitulah kata setengah ulamak.. Nabi saw ajar kita mengingati ibu sepanjang masa..

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ): sebaiknya ikut cara islam yaitu sepanjang hari ingat kepada ibu yg byk jasanya kpd kita, bukan setahun sekali..

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ): hari ibu dan hari bapa ialah hari perayaan bukan Islam..kenapa kita mesti nak sambut juga? kenapa orang barat tak sambut awal muharram atau maulidur Rasul?

-Ustaz Azhar Idrus ( Original ):
Maksud sabda nabi s.a.w:
Kalian akan mengikuti adat tradisi umat sebelum kamu sejangkal demi sejengkal. Sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak (pun), kamu akan mengikutinya juga.
Para sahabat nabi bertanya:
Wahai Rasulullah, apakah mereka itu orang-orang yahudi dan Nasrani?
Jawab baginda Rasulullah: Kalau bukan mereka, siapa lagi?
(Hadis riwayat Abu Said al Khudri )

* Ilmu saya ni tersangatlah cetek... sedang belajar tentang banyak hal lagi....
* Jika anda punya pendapat oleh tokoh agama yang lain, terpulanglah.
* Lagi bagus kalau dapat dikongsi bersama.
* Segala yang baik itu dari Allah, kekurangan itu dari kelemahan diri saya sendiri...hakikatnya kedua2 nya dari Allah....
*Hanya Allah yang Maha Mengetahui atas segala hal...

ALLAH<3

HADIAH TERBAIK

HADIAH TERBAIK

Hadiah tidak semestinya sesuatu yg berupakan wang ringgit atau harta benda. Byk cara utk kita menghadiahkan sesuatu kpd org tersayang tanpa perlu membelanjakan wang yg ada:

��✏ Hadiah terbaik utk seorang sahabat adalah doa.
��✏ Hadiah terbaik utk seorang musuh adalah kemaafan
�� ✏Hadiah terbaik utk seorang guru adalah kejayaan
�� ✏Hadiah terbaik utk murid adalah tauladan
�� ✏Hadiah terbaik utk sebuah kehidupan adalah kasih sayang
�� ✏Hadiah terbaik utk sebuah kematian adalah al-Fatihah
�� ✏Hadiah terbaik utk ibu bapa adalah kebaktian
�� ✏Hadiah terbaik utk isteri adalah penghargaan
�� ✏Hadiah terbaik utk suami adalah kesetiaan
�� ✏Hadiah terbaik utk anak adalah pendidikan
�� ✏Hadiah terbaik utk diri sendiri adalah kejujuran
�� ✏Hadiah terbaik utk org yg tak dikenali adalah senyuman
�� ✏Hadiah terbaik utk Rasulullah adalah selawat
�� ✏Hadiah terbaik utk Allah SWT adalah ketaqwaan

Sentiasalah bermurah hati utk menghadiahkan sesuatu kpd insan sekeliling kita kerana pemberian anda hari ini adalah ganjaran utk hari esok.��

ALLAH <3

Handpone Punya Pasal

.. HANDPHONE PUNYA PASAL.
■■Ya ALLAH ampunilah dosa dosa kami yg mempunyai HP kerana:
●Kami lebih banyak mengisi kredit dripda bersedekah.
●Kami lebih banyak pegang HP drp pegang tasbih.
●Kami lebih banyak baca sms, FB dan Whatsapp drp baca Al Quran
●Kami lebih sering menelefon drp Silaturahim.
●Kami lebih sering buka bluetooth dripda berlutut untuk sujud...
.. Ya ALLAH ampunilah kami yg serba kekurangan dan yg selalu lalai ini..dan semoga HP yang kami miliki ini dapat digunakan sebagai IBADAH untuk lebih taqarrub kepda Mu Ya ALLAH.
Amin....
.. Kata guru:
>>Jika handphone mu itu menyebabkan kamu LALAI hingga orang azan kamu masih dengannya hingga TIDAK MEMPEDULIKAN SERUAN itu...
●Hingga ia menjadi permainan saat berada di majlis ilmu di hadapan gurumu...
●Hingga kamu tergamak melewatkan solatmu kerananya...
●Hingga zikirmu berkurang dengan adanya ia...
●Hingga al-Quran tidak lagi kamu pandang dan baca kerana kamu asyik dengannya...
>>Sedang kamu tidak ada keperluan padanya pada waktu itu, maka buanglah ia dari kehidupan mu...
●Kerana ia telah menjadi salah satu alat untuk MENJAUHKAN kamu dari Tuhan mu...
●Kerana ia telah menjadi satu alat supaya kamu lalai dari Tuhan mu...
●Kerana ia adalah alat yang digunakan syaitan untuk menghancurkan penghambaanmu..
>>Maka apa lagi kejahatan yang kamu ingin lihat selain seseorang itu lalai dari Tuhan nya...
Bukan salah handphone itu, tapi salah kamu kerana tak dapat menjauhkan handphone menjadi alat pada syaitan untuk menyesatkanmu...
.. KAMU HAMBA TELEFON ATAU HAMBA ALLAH?
>> Realitinya begitulah..lepas solat selesai salam kedua, terus raba cari hp, padahal xde benda pun.. atas alasan perjuangn, zikir diabaikan..Astaghfirullah.. biarlah dgn hp canggih2 menambah ketaatan kpd Allah, bukan mengheret kita lalai kpd-Nya...♡♡♡
Semoga dpt jadi iktibar, kita amalkan dan sampaikan . 

PEMBAZIRAN....=)

ASSALAMUALAIKUM

Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sembilan
bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia
antaranya:

1. Pembaziran ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika
tidak diamalkan pada jalan kebaikan.

2. Pembaziran amalan - iaitu membazir jika tidak
dilakukan dengan hati yang ikhlas

3. Pembaziran kekayaan - iaitu membazir jika
dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan
tidak diredai Allah SWT.

4. Pembaziran hati - iaitu membazir jika kosong daripada
kasih kepada Allah SWT.

5. Pembaziran tubuh badan - iaitu membazir jika tidak
digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT.

6. Pembaziran cinta - iaitu membazir jika dicurahkan
kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

7. Pembaziran masa - iaitu membazir jika tidak diurus
dengan sebaiknya.

8. Pembaziran akal - iaitu membazir jika tidak memikirkan
sesuatu yang bermakna kepada Agama.

9. Pembaziran zikir - iaitu membazir jika tidak memberi
kesan kepada hati.

Semoga nasihat ini memberi manfaat kepada kita semua.=)

ALLAH <3

Pesanan Buatmu Sahabat

ASSALAMUALAIKUM

Sahabat2ku.. bacalah sejenak..       

  Diriwayatkan, bahawa :       
       Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu Mereka tidak menemukan sahabat2 mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia.         

Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:          "Yaa Rabb..Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia solat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."

Maka Allah berfirman:"Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat2 mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah"        
(HR : Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").         

* Al-Hasan Al-Basri berkata: "Perbanyaklah sahabat2 mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa'at pada hari Kiamat nanti".         

* Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat2 nya sambil menangis:"Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:"Wahai Rabb Kami..Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU..          Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu"          SAHABAT Ku.Mudah2an dengan ini, aku telah mengingatkanmu Tentang Allah ..Agar aku dapat bersamamu kelak di Syurga & Redha-Nya..    
      
*Ya Allah        
Aku Memohon kepada-Mu.. Kurniakanlah kepadaku sahabat2 yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh & taat Kepada Syariat-Mu..Kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak...
آمِيّنْ. يَا رَبَّ العَالَمِينْ
 
*Oleh itu...        
Carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan2 ke Syurga & jalan2 kebaikan.         

WAHAI SAHABATKU......
JANGAN LUPA BERTANYA TENTANGKU NANTI...
JIKA AKU TIADA DI SYURGA NANTI.....

ALLAH <3

UKHWAH....=)

ASSALAMUALAIKUM...

Peringkat Ukhuwah...=)

Ukhuwah ����.

Sembang pasal ukhuwah, mesti ramai terbayang-bayang �� kawan2 sekeliling...

Kalau ana tanya kalian :
"Hang dok ukhuwah peringkat mana..??? "

Tak ramai boleh jawab....

Mehh, ana nak share. Ukhuwah ada 3 peringkat.
Peringkat ini dalam bentuk ranking :

- Ithaar
- Salamatus As-Sadr
- Husnu Dzon

So, ithaar adalah top dalam carta Ukhuwah ����.

'Ithaar itu apa bro...?? '

Ithaar ni tak ramai yg dapat dlm ukhuwah , bahkan ranking terbawah sekalipun iaitu Husnu Dzon pun tak ramai yg dapat.

Ithaar ni ialah kita lebih pentingkan sahabat dari diri kita sendiri .

Lagu mana tuh?

Macam kaum Ansar yg sggup bg isteri dekat kaum Muhajirin.

Senang cerita, ithaar ini kita bergembira dgn kgembiraan sahabat kita.

'Bereh,,bereh. Salamatus as-sadr pulok ..??'

Salamatus as-sadr ialah berlapang dada. Kita berlapang dada dgn apa yg sahabat kita buat dan kecapi.

Kawan kita ejek  , kawan kita hina, kita relax  je. Kita berlapang dada .

'Husnu Dzon bersangka baik kan...'

Benarr .. ramai yg tau, tapi peringkat tercorot carta ukhuwah ini pun orang tak dapat nak buat, apatah lagi yg ranking 1st dan ranking 2nd.

Kawan buat skit, terus sangka buruk, terus nak cemuh.
Haihh.. muhasabahlahh.
Kita di peringkat ukhuwah mana ...???

ALLAH <3

Rumah Tinggalku....

Kisah Simbolis, Yang Mungkin Biasa Terjadi Pada Diri Kita.

Seorang ketua supervisor yg telah berkhidmat melebihi 30 tahun di dlm sebuah syarikat 'property developer' ingin bersara dan mengemukakan surat permohonanya kpd majikannya. Pengarah syarikatnya bersetuju menerima permohonan persaraannya tetapi dgn syarat ketua supervisor tersebut hendaklah menyiapkan satu lagi projek rumah. Ketua supervisor dgn berat hati bersetuju.

Kerana tidak sabar utk bersara cepat maka projek rumah tersebut dibuatnya dgn pantas tetapi tidak menjaga kualitinya.
Setelah siap rumah tersebut, terkejut ketua supervisor apabila dimaklumkan rumah itu sebenarnya adalah hadiah majikannya kpd nya.

Amat menyesal dlm hati KS tersebut kerana tidak membina rumah yg bakal didudukinya dgn sebaik mungkin.

Saudaraku seakidah... Sebenarnya, ini lah yg akan terjadi pada setiap dari kita... Sebenarnya kita sekarang sedang membangun TEMPAT TINGGAL kita di akhirat... Kita beribadah untuk Allah semata, tapi pahalanya untuk diri kita sendiri, kerana Dia Maha Kaya dan sama sekali tidak memerlukan kita dan ibadah kita. Sebaliknya kita yg sangat2 memerlukan Allah.

Ingatlah, sebenarnya dengan SOLAT dan IBADAH kita, kita sedang membangun TEMPAT TINGGAL kita sendiri.. Jika kita membangunnya dengan sambil lewa, maka jadinya akan seadanya.. Jika kita dengan sebaik-baiknya, maka jadinya akan sesuai dengan usaha kita.

Allah ta'ala berfirman:

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِنَفْسِهِ وَمَنْ أَسَاءَ فَعَلَيْهَا وَمَا رَبُّكَ بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ

"Barangsiapa beramal soleh, maka itu untuk DIRINYA SENDIRI, dan barangsiapa berbuat buruk, akibatnya pun untuk DIRINYA SENDIRI. Tuhanmu bukanlah Dzat Yang Menzalimi para hamba-Nya". [Fush-shilat: 46]

MAK! @ IBU! @ UMMI! @ MAMA!

INILAH ANTARA SEBAB TERKUAT UTK KITA BERJAYA... Hayati.....
  
Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata, memang betul)

Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
        
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .         

Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .         

Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .         

Bila bangun tidur, aku cari , Mak .        

Bila nangis , Orang pertama yang datang, Mak .         

Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .         

Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .         

Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .         

Bila nakal , yang memarahi aku , Mak.

Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .        

Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .         

Bila takut , yang tenangkan aku , Mak.

Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak.

Aku selalu teringatkan , Mak .         

Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .         

Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahu , Mak .        

Bila bengang , aku suka luah pada , Mak.

Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "   
     
Bila aku sakit , Orang paling risau adalah , Mak .        

Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .         

Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .         

Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .         

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .         

Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .         

Kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .     

Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .         

Yang selalu berleter kat aku , Mak .         

Yang selalu puji aku , Mak .         

Yang selalu nasihat aku , Mak .         

Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .         

Aku ada pasangan hidup sendiri .         

Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .          TAPI
Bila sedih , aku cari , Mak .        

Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku.      
TAPI  
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak.

Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
TAPI         
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku.
         
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku TAPI
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .        

Bila sambut ulangtahun, Aku bagi hadiah pada Pasanganku
TAPI      
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !  
      
Selalu , Aku ingat pasanganku...
TAPI       
Selalu , Mak ingat kat aku !         

Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku ...
TAPI
Entah bila , aku nak telefOn mak...
      
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku
TAPI       
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak...    

Renungkan :        
" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak...
Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "    

Berderai air mata jika kita mendengarnya .          Tapi kalau mak SUDAH TIADA......?

" MAKKKKK !
RINDU MAK !
RINDU SANGAT ! "  
 
Berapa ramai yang sudah hantar IBUNYA TUNAIKN UMRAH DAN HAJI...
Dgn belanja sendiri....?
   
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya...?
         
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya...?
        
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya...?     

Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....?    

Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya...?
        
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya....?    

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyangkn JENAZAH ibunya.... Kerana JAHILNYA ILMU TTG AGAMA?

BERUNTUNGLAH BUAT ANDA YG MASIH ADA IBU.......

Semuanya kerana MAK! @ IBU! @ UMMI! @ MAMA! U
terkasih dan tersayang


Rahsia Kezuhudan

Nasihat buat semua

Seorang lelaki datang kepada Imam Al Hasan Al Basri dan  bertanya apakah rahsia kezuhudannya di dunia?
Dia menjawab empat perkara:

Aku tahu
Rezekiku tidak akan diambil orang maka hatiku merasa tenang.

Aku tahu
Kerjaku tidak akan dilakukan oleh orang maka aku lakukannya sendiri.

Aku tahu
Allah melihat kepadaku maka aku malu ia melihatku dalam maksiat.

Aku tahu
Kematian menantiku maka aku menyediakan bekalan untuk berjumpa tuhanku.

IKHTILAT

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

TAZKIRAH HARI INI

Ikhtilat ?
Ikhtilat ialah pencampuran wanita dan lelaki (sama ada persendirian atau berkumpulan). Pencampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka (lelaki dan wanita) bertemu antara satu sama lain, berpandangan dan bertegur sapa. Mengikut takrif Dr. Majid Zindani seorang ulama Yaman, ikhtilat yang dilarang adalah percampuran yang terdapat keraguan (perkara yang menjerumus kepada benda-benda yang haram).

Terdapat dua pendapat di kalangan para ulama di dalam permasalahan 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita.
1. Termasuk di dalam perkara yang dilarang .
2. Termasuk di dalam perkara yang diharuskan (Mubah)

LARANGAN IKHTILAT
Larangan terhadap wanita yang bermusafir seorang diri dengan tanpa ditemani oleh mahramnya dan larangan berdua-duaan antara lelaki dan perempuan.
Maksud dari sabda nabi SAW :
"Tidak boleh seseorang wanita itu bermusafir melainkan ia ditemani oleh mahramnya, dan tidak boleh seseorang lelaki berdua-duaan bersama perempuan kecuali perempuan tadi ditemani oleh mahramnya."

KEHARUSAN IKHTILAT
Dr Yusuf al-Qardawi pernah berkata : "Perhimpunan antara lelaki dan perempuan adalah tidak haram, malahan ianya harus dan dituntut sekiranya mempunyai tujuan yang baik yang perlu dibuat bersama seperti menuntut ilmu, amal soleh, aktiviti kebajikan, jihad fardu dan sebagainya yang memerlukan penggabungan antara dua pihak."

Contoh :
1) 'Ikhtilat' yang berkaitan dengan muamalah yang dibenarkan oleh syara` seperti dalam urusan jual beli.
2) 'Ikhtilat' yang berlaku sewaktu menjadi saksi di dalam kes-kes tertentu.
3) 'Ikhtilat' bertujuan melayani tetamu dengan syarat ia mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya.
4) 'Ikhtilat' sewaktu peperangan jihad fisabilillah seperti membantu para pejuang, memberi minum, merawat dll.
5) 'Ikhtilat' di dalam kenderaan awam. Tetapi kalau ada kenderaan yang khas untuk wanita itu lebih baik.

Perlu diingatkan bahawa bentuk-bentuk keizinan 'ikhtilat' yang telah disebutkan tadi tidak bermakna wanita boleh bebas bercampur gaul dengan kaum lelaki. Ini kerana hukum asal ikhtilat itu sendiri sudah jelas. Oleh itu para wanita tetap wajib menjaga segala adab-adab dan hukum syara` yang berkaitan dengannya.

Ikhtilat yang diharuskan oleh Islam hendaklah mengandungi etika dan syarat-syarat seperti berikut:
1. Tidak berkhalwat lelaki dan perempuan (bersunyi-sunyian)
2. Tidak ada pandangan yang disertai dengan pandangan nafsu syahwat.
3. Cara berpakaian yang mengikut syariat Islam. Tidak menunjukkan perhiasannya melainkan apa yg telah terzahir (muka dan tapak tangan)
4. Tidak melunak-lunakkan percakapan bagi wanita.
Firman Allah: "Maka janganlah perempuan melunakkan suara sehingga menimbulkan keinginan lelaki yang mempunyai penyakit hati dan katalah perkataan yang baik-baik." (QS, Ahzab: 32)
5. Cara wanita berjalan yang tidak menarik perhatian.
Firman Allah: "Maka janganlah wanita itu menghentak kakinya supaya diketahui perhiasan yang tersembunyi." (QS, Nur: 31)
6. Tidak memakai wangi-wangian bagi wanita.
"Mana-mana wanita yang memakai wangian dan berjalan di sekumpulan lelaki maka dia adalah penzina."
(HR: Tirmizi)
7. Ada sebab dan keperluan yang munasabah, seperti dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan kebajikan.
8. Tidak ada sentuhan antara lelaki dan perempuan. "Lebih baik seorang lelaki itu bersesak-sesak dengan babi yang berlumuran tanah daripada dia bersesak-sesak bahunya dengan perempuan yang bukan mahram."
(HR: Thabrani)
9. Tidak saling bertembung atau berselisih tubuh.
"Bila kamu bertemu dua org perempuan janganlah lalu dicelah-celah keduanya." (HR: Baihaqi)

KESIMPULAN :
Hukum-hukum di atas juga merangkumi hubungan dan pergaulan seseorang wanita dengan kaum kerabat yang bukan mahram. Ramai wanita memandang ringan perkara ini. Contohnya membuka aurat atau bersalaman dengan sepupu atau abang ipar dengan alasan mereka adalah keluarga rapat.

Wallahu a'lam -

Allah <3

10 PUNCA KEROSAKAN OTAK...

10 PUNCA KEROSAKAN OTAK....

1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan
boleh menga kibatkan penyakit Alzheimer.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat - Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

ALLAH <3

WANITA..!!!!!

ASSALAMUALAIKUM...

Nak beri peringatan kepada kaum wanita khususnya emak, adik2 ku, sedara maraku, rakan2 dan sahabat2 wanita yg mengenaliku....Tolang baca sampai habis dan ambil pengajaran....!!!

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لأزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا (٥٩)

Terjemah Surat Al Ahzab Ayat 59

59. Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang yang beriman, "Hendaklah mereka menutup jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

-------------------------------------------------------
Apa yg kita dapat dari ayat ni..

* Wajib ke atas setiap wanita untk menutup aurat dengan sempurna....Bukan sekadar pakai tudung tapi baju ketat,baju nipis sehingga nampak tubuh badan...pkai jubah...ikut saiz bdan..x nmpk longgar dan labuh..Pakai tudung tapi bju lengan pendek, x pun, pkai tudung..tpi dgn tujuan untk berhias dan sbgai pelengkap penampilan , BUKAN lagi untk mematuhi perintah Allah..

* Kalau ikut mazhab Syafi'e , wanita ni wajib tutup semua kecuali muka dan tapak tangan,...Makna kata...tempat lain, wajib tutup..terutamanya kaki....bukn sush pun...pakai stoking je....dlu time sek2 un kita pkai stoking kan....so, x dak masalah laa..

*  Tokoh ulama, al-Syatibi mengatakan bahawa kewajipan ni memberi manfaat kpd wanita dan juga kebahagiaan masyarakat....Malah x dak siapa yg tertindas dgn peraturan yg ditetapkan ni...

* Kalau kita dah tutup molek2, maka ia akan menutup peluang kpd mereka yg berniat jahat untk melepaskan nafsu syahwat terhadap wanita...ni bila dah jadi mcm2... Mula laa...salahkan laki...x tahan nafsu laa..apa laa...Sedangkan ia berpunca dari diri kita sendiri...!!!

* Sikit demi skit kita mula meninggalkan Islam dan ikut jejak langkah Yahudi dan Nasrani....Inilah ujian umat akhir zaman yg dikatakan oleh Baginda s.a.w.....apa yg kita ikut Yahudi dan Nasrani ni.....x tutup aurat...pakai dedah sana sini....

* Kalau nak huraikan...panjang agy..x muat fb ni....tpi kita ambik kesimpulan dy....Tutup aurat molek2 agar kita x dimasukkan ke dalam Neraka Allah...Nauzubillah....

Wallahualam...betulkan apa yg silap...saya masih dalam pembelajaran....sekadar berkongsi ilmu yg dapat....

Allah <3

SIFAT SEORANG SAHABAT

ASSALAMUALAIKUM...

12 Sifat SAHABAT  =)

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.

ALLAH <3

KEDUNIAAN

KEDUNIAAN LEBIH BANYAK MEMBAWA KELEMAHAN IMAN.

IMAN DATANG DENGAN DAKWAH SEHINGGA SELURUH ANBIYA DAN SAHABAT BUAT KERJA DAKWAH BERSUNGGUH-SUNGGUH SIANG ATAU MALAM .

DAKWAH BUKAN MEMPERKENALKAN ISLAM ATAU AMAL TETAPI UNTUK BINA IMAN DAN YAKIN. JIKA AMAL DIPISAHKAN DARI DAKWAH MAKA HAKIKAT AMAL HILANG DAN MAKSUD AMAL TERSASAR.

SEBANYAK MANA IMAN LEMAH
SEBANYAK ITULAH NIAT ROSAK.
NIAT ROSAK MAKA AMAL JADI ROSAK.
AMAL ROSAK MAKA KEADAAN DAN SUASANA JADI ROSAK.

SEBENARNYA KESAN AMAL PERTAMA KALI DI AKHIRAT BUKAN DI DUNIA BAHKAN  BERKAHNYA DIRASAKAN DI SIRATH TURUN KE MASYAR SAMPAI KE DUNIA SEHINGGA KEHIDUPAN DI DUNIA JADI BAIK .

IMAN DATANG DENGAN ILMU . IMAN TANPA ILMU BAHAYA

ILMU TANPA IMAN KEGELAPAN .
ILMU TANPA ZIKIR SOMBONG.
ILMU TANPA FIKIR ZALIM.
ILMU TANPA SYUKUR UJUD.
ILMU TANPA SABAR PUTUS ASA.

WAHAI SAHABAT....!!!!


WAHAI SAHABAT....!!!!

Saat memandang kain sempit mu , seluar ketat mu , baju sendat mu , tudung singkat mu , solat dan ibadahmu.
Aku ingin sekali menegurmu .

Namun .
Sering saja terkaku . Rasa tak mampu . Kerana merasa diri bukanlah insan yang terbaik untuk menegur . Jauh di sudut hati terasa bimbang .

Aku bimbang di akhirat kelak . Kau akan mempersoalkan aku .' Kau sahabat aku . Kenapa kau tak tegur aku dulu ? Kau memang sengaja nak aku ke neraka kan ? Kau sengaja nak bahagia masuk syurga sendirian kan ? Aku kurang ilmu agama . Tapi kau tinggi ilmu agama . Mana ajaran agama kau tu ?  Kenapa kau tak guna untuk bantu aku ? Kau tunggulah di akhirat kelak . Aku akan tarik kau masuk neraka sebab kau tak tegur aku'         

Allahu .
Sahabat . Begini lah cara aku menegur mu . Dengan post kecil ini . Hari ini sekurang - kurangnya, Bila aku di soal Dia di akhirat nanti tentang apa yang aku lakukan untuk sahabatku . 

Aku boleh jawab bahawa .' Aku telah menegur mereka .Dengan post kecil ku ini dan dengan selemah - lemah iman ku . Iaitu mendoakan mereka dari jauh ' Ya Allah....'

ALLAH<3

Hati yg sihat atau diracun....

HATI KITA SEDANG SIHAT ATAU SEDANG DIRACUN....???
#MUHASABAHDIRISENDIRI

Hati yg sihat...:-
Pertama:
Jika ia tertinggal wiridnya dari Al-Quran atau zikrullah, atau suatu peribadatan lainnya, maka ia merasakan sakit yang tiada terperi melebihi sakit orang yang tamak dan kikir ketika kehilangan barang kesayangannya.

Kedua :
Ia sentiasa merindui untuk mengabdikan diri di jalan Allah (SWT) seperti rindunya seseorang kepada orang yang amat disayangi.

Ketiga :
Tujuan hidupnya hanya satu, iaitu taat kepada Allah (SWT) SWT.

Keempat :
Bila ia sedang melakukan solat, maka hilanglah semua kegundahannya pada kenikmatan dunia yang sementara. Di dalam solat telah ia temukan kenikmatan dan kesejukan jiwa yang suci.

Kelima:
Sangat menghargai waktu dan tidak mensia-siakannya, melebihi rasa kekhuatiran orang bakhil menjaga hartanya.

Keenam:
Tidak pernah terputus dan malas dalam mengingati Allah (SWT).

Ketujuh:
Lebih mengutamakan pada pencapaian kualiti atas suatu amalan perbuatan daripada kuantitinya. Lebih cenderung kepada keikhlasan beribadat.

Hati yg diracun:-
    * Berlebihan dalam berbicara
    * Berlebihan dalam memandang
    * Berlebihan dalam makan
    * Berlebihan dalam bergaul

ALLAH <3

KHAS BUAT WANITA....!!!!

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.

Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.

"Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan
timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.
Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya
sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.
Aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka.
Aku lihat perempuan yang bermuka hitam,memakan tali perutnya sendiri.
Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.
Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya.
Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

* Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.
* Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.
* Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.
* Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.
* Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan
berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.
* Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.
* Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta.
* Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

ALLAH <3 

NERAKA JAHANAM.....

ASSALAMUALAIKUM

~NERAKA JAHANAM~

Telah dikisahkan bahawa Jibril datang kepada Nabi S.A.W pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi S.A.W: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan seksa kubur itu benar, dan seksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya.

" Lalu Nabi S.A.W bersabda: "Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam." Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. 

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak,
-andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak,
-andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak,
-andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak,
-andaikan seorang di hujung barat terseksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya,

Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api." 

ALLAH <3

WASIAT RASULULLAH S.A.W KEPADA SAIDINA ALI R.A


Wasiat Rasulullah S.A.W kepada Saidina Ali R.A

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda.
Tanda-tandanya:
• Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
• Tidak terpesona dengan pujuk rayu
• Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia 

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM ada 3 tanda.
Tanda-tandanya:
• Jujur dalam berkata-kata
• Menjauhi segala yang haram
• Merendahkan diri 

Wahai Ali, bagi orang JUJUR ada 3 tanda.
Tanda-tandanya:
• Merahsiakan ibadahnya
• Merahsiakan sedekahnya
• Merahsiakan ujian yang menimpanya 

Wahai Ali, bagi orang TAKWA ada 3 tanda.
Tanda-tandanya:
• Takut berlaku dusta dan keji
• Menjauhi kejahatan
• Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman 

Wahai Ali, bagi orang AHLI IBADAH ada 3 tanda.
Tanda-tandanya:
• Mengawasi dirinya
• Menghisab dirinya
• Memperbanyakkan ibadah kepada Allah S.W.T

CALOM SUAMI...???

CALON SUAMI YANG IDEAL
Calon suami ideal adalah ketika miskin, ia tidak mengeluh, apalagi putus asa.
Ia tetap bersabar sehingga ia benar-benar menjadi orang yang penyabar.
Ia terus berjuang untuk keluar dari kemiskinannya dan selalu bersyukur atas segala rahmat yang telah Allah SWT berikan kepadanya..
Ketika kaya, calon suami ideal tidak menjadi sombong dengan kekayaannya.
Dengan kekayaan nya ia gunakan untuk banyak beramal di Jalan Allah SWT..
Calon suami ideal senantiasa mengajak ke Jalan kebaikan,
tutur katanya begitu sopan, bertanggung jawab, penuh teladan,
dan mampu menjadi pemimpin yang baik dalam berumah tangga.
Calon suami ideal senantiasa berusaha untuk menjadi manusia yang bermanfaat bagi keluarga, masyarakat, dan lingkungan sekitarnya yang semata-mata hanya mengharap REDHA Allah Ta'ala
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Untuk kaum Adam..,
berusahalah untuk menjadi Calon suami yang ideal.
Untuk kaum Hawa, carilah calon suami yang ideal agar rumah tangga menjadi Sakinah mawaddah warahmah..

Bodohnya Kita....!!!!

BACA SAMPAI HABIS, BODOHNYA KITA SELAMA INI,                                                                                                                                                                                                                                                                                                                         BUTA BUTA/SIANG SIANG KENA TIPU....                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita !!!..                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Teruskan membongkar kebijaksanaan Yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. Pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Dan apabila anda hendak Share ini , Syaitan akan membisikkan , "Tak payah lah.."

.Valentine's Day.

ASSALAMUALAIKUM.......

14-02-2014........

Tarikh yg ditunggu bg pasangan kekasih Haram......Valentine's Day.....!!!
Sesungguhnya perayaan ini HARAM untuk kita sambut kerana ia meniru budaya Kristian.....!!!!

Allah berfirman didalam Al-Quran....surah Ali-Imran ayat 105....

وَلا تَكُونُوا كَالَّذِينَ تَفَرَّقُوا وَاخْتَلَفُوا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ وَأُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ -

- Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah bercerai-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah). Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.

Tambah pulak....hari ni hari Jumaat....Hormatilah Hari Jumaat kerana ia penghulu segala hari......

SAY NO TO VALENTINE'S DAY.........!!!!!

ALLAH

Imam Hasan Albanna

ASSALAMUALAIKUM....

...12 feb 1949 ...Syahidnya Imam Hasan Albanna..maka hari ini genaplah 65 tahun beliau telah syahid dalam perjuangan menegakkan Islam di bumi mesir...
الموت في سبيل الله اسمى امانينا...
Biodata ringkas hidup Albanna adalah seperti berikut :

- Nama beliau Hasan Ahmad Abdul Rahman Al-Banna

- Dilahirkan pada waktu Dhuha hari Isnin 25 Sya’ban 1324 hijrah, 14 Oktober 1906. Di markaz Mahmudiah ,Muhafazah Bahriah

- Menghafal Al-Quran ketika masih kecil, dan belajar di Madrasah Ar Rasyad ketika berumur 8 tahun, kemudian beliau masuk ke sekolah rendah, kemudian Madrasah Mua’allimin Damanhur, kemudian Darul U’loom Keharah, beliau menjadi graduan pada tahun 1927.

- Dari kecil beliau sudah mula berdakwah kepada Allah, amar ma’aruf dan nahi mungkar, beliau bersama kawan2nya menubuhkan pertubuhan Akhlak dan Adab ketika di sekolah rendah, dan seterusnya bersama kawan2nya menubuhkan persatuan Pencegah Kemungkaran. Ketika beliau di Maktab perguruan (madrasah mu’allimin) beliau bersama rakannya Ahmad Sukkari menubuhkan Jam’iayyah Al Hisofiah Alkhairiyyah yang bertujuan menegakkan akhlak mulia dan mencegah kemungkaran.

- Beliau bekerja sebagai guru di Isma’iliyyah pada tahun 1927.

- Pada Zulkaedah Tahun 1347 hijrah / 1927 masihi beliau menubuhkan Pertubuhan Ikhwan Muslimin.

- Maka berkembanglah dakwah ikhwan sehingga terdengar diseluruh pelusuk kampung di mesir. Beliau sendiri telah pun menziarahi lebih kurang 3000 kampung antara hampir 4000 kampung yang ada di Mesir ketika itu. Dan ini tidak termasuk bandar yang telah beliau pergi.

- Beliau juga giat dalam usaha massa. Pada tahun ke 30 an beliau, telah terbit Teater Ikhwan Muslimin, beliau juga telah menerbitkan beberapa majalah2 : AlManar, Asy Syihab, AnNazir, At-Taaruf dan juga beberapa surat khabar : Al Ikhwan Muslimin dan juga Radio Ikhwan muslimin pada tahun 40-an beliau.

- Dan beliau berhenti bekerja sebagai guru pada tahun 1946

- Pada tahun 1947-1948 beliau telah menghantar ribuan Pemuda Ikhwan ke medan jihad di bumi Palestin.

- Pada safar 1368 / Disember 1948 ikhwan telah dikenakan tindakan ketenteraan . Ketika itu bilangan anggota penggerak Ikhwan tidak kurang daripada setengah juta.

- Beliau telah syahid pada bulan rabi’ul thani 1368 hijrah / 12 Februari 1949, apabila beliau telah dibiarkan tanpa rawatan di hospital setelah ditembak.

Wallahu a'alam

Moga kita termasuk golongan yg menjadi mata rantai prjuangn kbnaran ini. Amin.

ALLAH 

MENANGIS....=)

"Menangis adakalanya dituntut oleh syariat. 

Abid yang menyintai Tuhan akan selalu menangis mengenangkan dosanya.. Mereka
memaksa diri menangis apabila mengenang nasib diri di hari akhirat dan
membayangkan huru-hara apabila menjelang kiamat. Dalam hal ini
menangis adalah dituntut. Setitis airmata yang jatuh kerana takutkan
Allah akan dapat memadamkan api neraka di hari akhirat kelak.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bahawa air mata dari
tangisan pembuat dosa yang bertaubat adalah lebih disukai Allah dari
tasbih para wali. Rasulullah s.a.w juga ada bersabda: "Kejahatan yang
dibuat lalu menimbulkan rasa sedih adalah lebih baik dari kebaikan
yang menimbulkan rasa takbur."

Anas r.a berkata: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w berkhutbah, lalu
baginda bersabda dalam khutbahnya itu: "Andaikan kamu mengetahui
sebagaimana yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan
banyak menangis." Anas berkata: seketika itu para sahabat menutup muka
masing-masing sambil menangis teresak-esak.

Hari ini manusia terus menangis dan menangis, tetapi tangisan mereka
amat jauh bezanya dengan tangisan para Nabi, Rasul dan sahabat. Jika
orang soleh zaman dahulu menangis kerana mengenang nasibnya di akhirat
tetapi orang hari ini menangis kerana takut kehilangan dunia. Tangisan
ini datangnya dari sifat tamak dan tidak redha. Kalau orang soleh
takut berpisah dengan iman dan kecintaannya pada Allah, orang hari ini
takut berpisah dengan dosa dan maksiat. Jika para Nabi dan rasul serta
para sahabat takut menghadapi akhirat, orang hari ini seolah-olah
berani dan tidak takut menghadapinya. Tetapi bila orang soleh berani
menghadapi gelombang hidup duniawi, orang hari ini takut dan lemah
hati dalam menghadapi kegagalan dan kekecewaan dalam hidup.

Menangis dan menangislah tapi biarlah kena pada tempatnya yang
dibolehkan oleh agama. Apa akan jadi jika kita gagal diakhirat? Inilah
sebenarnya kegagalan yang total... Jadi kalau perkara ini yang kita
tangiskan, memang kenalah pada tempatnya. Abu Hummah(Shadujja) Bin
Adilan Albahily r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: "Tiada suatu
yang lebih disukai oleh Allah dari dua titis dan dua bekas. Titisan
airmata kerana takut kepada Allah dan titisan darah dalam
mempertahankan agama Allah. Adapun dua bekas adalah bekas dalam
perjuangan fisabilillah dan bekas perjuangan kewajiban kepada Allah."
(Riwayat Attirmizi)."

PENGEMIS BUTA DAN RASULULLAH SAW

PENGEMIS BUTA DAN RASULULLAH SAW

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap
harinya
selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya,
Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu
pembohong,
dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan
dipengaruhinya.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan
makanan,
dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang
dibawanya
kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang
menyuapinya
itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari
sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan
makanan setiap
pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat
Rasulullah SAW yakni
Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak
bukan merupakan
isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku,
adakah kebiasaan
kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan
hampir tidak ada
satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja.
Apakah Itu?, tanya Abubakar RA.
Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan
membawakan
makanan untuk
seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk
diberikan kepada
pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan
itu kepadanya.
Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik,
Siapakah kamu?
Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).
Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si
pengemis
buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak
susah mulut ini mengunyah.
Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku,
tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut,
setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata
kepada pengemis itu,
Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah
seorang
dari sahabatnya,
orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar
RA, dan kemudian berkata,
Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya,
ia tidak pernah memarahiku sedikitpun,
ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....


Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA
saat itu juga
dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah
SAW?
Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau?
Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah
baiknya kita berusaha
meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup
melakukannya.

Memang benar marah itu kesukaan syaitan..kerana Rasulullah SAW yang mulia tidak pernah marah..

Manakala memfitnah dan menghina adalah perbuatan yang amat keji.

BENCI ORANG....????

Seorang Guru taman kanak-kanak telah mengadakan satu "permainan". Si Guru
telah menyuruh tiap-tiap anak muridnya membawa satu kantong plastik
transparent bersama dengan beberapa biji kentang. Kentang-kentang tersebut
akan di beri nama berdasarkan nama orang-orang yang dibenci, jumlah
kentangnya tidak ditentukan berapa...bergantung jumlah orang-orang yang
dibenci.

Pada hari yang tersebut masing-masing murid membawa kentang dalam kantong
plastik. Ada yang berjumlah 2, ada yang 3 bahkan ada yang 5. Sepertimana
perintah si guru mereka, tiap-tiap kentang di beri nama dengan nama-nama
orang yang dibenci.

Seterusnya murid-murid dikehendaki membawa kantong plastik berisi kentang
tersebut kemana saja mereka pergi, bahkan ke toilet sekalipun, selama
1 minggu.

Hari berganti hari, kentang-kentang pun mulai membusuk, murid- murid mulai
mengeluh, apalagi yang membawa 5 buah kentang, selain berat dan baunya juga
tidak menyenangkan. Setelah satu minggu murid-murid tersebut merasa lega
karena penderitaan mereka akan segera berakhir.

Si Guru bertanya: " Bagaimana rasanya membawa kentang2 tersebut selama 1
minggu ?"

Keluarlah keluhan dan rungutan dari murid-murid tersebut, secara umumnya
semua tidak senang dan selesa ketika membawa kentang-kentang busuk tersebut
terutamanya ke mana sahaja mereka pergi.

Si Guru pun menjelaskan apa arti dari " permainan " yang mereka jalankan.
Si Guru berkata : " Seperti itulah kebencian yang selalu kita bawa-bawa
apabila kita tidak dapat memaafkan orang lain. Busuk dan tidak menyenangkan
kerana membawa kentang busuk tersebut kemana saja kita pergi. Itu baru
hanya satu minggu. Bagaimana jika kita membawa (kentang2 busuk) kebencian
itu seumur hidup ? Alangkah tidak menyenangkan dan tersiksanyer ..."


Moral of the story :

Sempena bulan mulia ini, barang sesiapa yg ada kebencian terhadap orang
lain tu, eloklah dibuangkan dari hati masing2 supaya kita tidak menanggung

dosa sepanjang bulan yg mulia ni...