LIDAH PUNCA KE NERAKA.....???

Terdapat 15 bahaya yang timbul akibat ucapan (lidah) yang membawa pelakunya ke neraka, perkara tersebut adalah seperti berikut :


Pertama : Mengucapkan sesuatu yang tidak perlu
Kedua : Terdorong mengucapkan perkara yang batil (dosa)
Ketiga : Bercakap membuta tuli (tidak ikut hukum Islam dan bercakap tidak berdasarkan 
ilmu disebabkan kejahilannya)
Keempat : Memaki hamun dan cakap kotor
Kelima : Nyanyian
Keenam : Bergurau
Ketujuh : Mengejek atau memperolok-olokkan
Kelapan : Menyebarkan fitnah, sumpah palsu, berdusta dan berbohong.
Kesembilan : Tidak mengambil undang-undang Allah SWT dalam memutuskan sesuatu perkara.
Kesepuluh : Mengumpat.
Kesebelas : Mengadu domba (menghasut)
Kedua belas : Lidah bercabang dua
Ketiga belas : Memuji
Keempat belas : Bersumpah setia kepada selain Allah
Kelima belas : Jangan berkata "kalau" pada kejadian yang telah berlaku.

AL-FATIHAH

ASSALAMUALAIKUM....

PERINGATAN PENTING UNTUK ANDA DAN SAYA....!!!!

Kesalahan membaca Al-Fatihah,
menyebabkan solat tidak sah.

Tahukah anda, semasa solat, wajib kita membaca Al-Fatihah dengan sebutan makhraj yang betul, tajwid yang betul, tartil yang betul, agar solat itu sah. Jika tidak, solat itu tidak sah. 

Rukun qauli juga wajib dipenuhi, iaitu wajib membacanya secara berlafaz, tidak sah solat jika dibaca berbisik, suara angin, atau
dalam hati, sekurang2nya kena
didengari oleh telinga sendiri, baru sah solat.

Kalau ada salah dan silap bolehlaa betulkan....

ALLAH