WASIAT RASULULLAH S.A.W KEPADA SAIDINA ALI R.A


Wasiat Rasulullah S.A.W kepada Saidina Ali R.A

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda.
Tanda-tandanya:
• Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
• Tidak terpesona dengan pujuk rayu
• Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia 

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM ada 3 tanda.
Tanda-tandanya:
• Jujur dalam berkata-kata
• Menjauhi segala yang haram
• Merendahkan diri 

Wahai Ali, bagi orang JUJUR ada 3 tanda.
Tanda-tandanya:
• Merahsiakan ibadahnya
• Merahsiakan sedekahnya
• Merahsiakan ujian yang menimpanya 

Wahai Ali, bagi orang TAKWA ada 3 tanda.
Tanda-tandanya:
• Takut berlaku dusta dan keji
• Menjauhi kejahatan
• Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman 

Wahai Ali, bagi orang AHLI IBADAH ada 3 tanda.
Tanda-tandanya:
• Mengawasi dirinya
• Menghisab dirinya
• Memperbanyakkan ibadah kepada Allah S.W.T

No comments: