Imam Hasan Albanna

ASSALAMUALAIKUM....

...12 feb 1949 ...Syahidnya Imam Hasan Albanna..maka hari ini genaplah 65 tahun beliau telah syahid dalam perjuangan menegakkan Islam di bumi mesir...
الموت في سبيل الله اسمى امانينا...
Biodata ringkas hidup Albanna adalah seperti berikut :

- Nama beliau Hasan Ahmad Abdul Rahman Al-Banna

- Dilahirkan pada waktu Dhuha hari Isnin 25 Sya’ban 1324 hijrah, 14 Oktober 1906. Di markaz Mahmudiah ,Muhafazah Bahriah

- Menghafal Al-Quran ketika masih kecil, dan belajar di Madrasah Ar Rasyad ketika berumur 8 tahun, kemudian beliau masuk ke sekolah rendah, kemudian Madrasah Mua’allimin Damanhur, kemudian Darul U’loom Keharah, beliau menjadi graduan pada tahun 1927.

- Dari kecil beliau sudah mula berdakwah kepada Allah, amar ma’aruf dan nahi mungkar, beliau bersama kawan2nya menubuhkan pertubuhan Akhlak dan Adab ketika di sekolah rendah, dan seterusnya bersama kawan2nya menubuhkan persatuan Pencegah Kemungkaran. Ketika beliau di Maktab perguruan (madrasah mu’allimin) beliau bersama rakannya Ahmad Sukkari menubuhkan Jam’iayyah Al Hisofiah Alkhairiyyah yang bertujuan menegakkan akhlak mulia dan mencegah kemungkaran.

- Beliau bekerja sebagai guru di Isma’iliyyah pada tahun 1927.

- Pada Zulkaedah Tahun 1347 hijrah / 1927 masihi beliau menubuhkan Pertubuhan Ikhwan Muslimin.

- Maka berkembanglah dakwah ikhwan sehingga terdengar diseluruh pelusuk kampung di mesir. Beliau sendiri telah pun menziarahi lebih kurang 3000 kampung antara hampir 4000 kampung yang ada di Mesir ketika itu. Dan ini tidak termasuk bandar yang telah beliau pergi.

- Beliau juga giat dalam usaha massa. Pada tahun ke 30 an beliau, telah terbit Teater Ikhwan Muslimin, beliau juga telah menerbitkan beberapa majalah2 : AlManar, Asy Syihab, AnNazir, At-Taaruf dan juga beberapa surat khabar : Al Ikhwan Muslimin dan juga Radio Ikhwan muslimin pada tahun 40-an beliau.

- Dan beliau berhenti bekerja sebagai guru pada tahun 1946

- Pada tahun 1947-1948 beliau telah menghantar ribuan Pemuda Ikhwan ke medan jihad di bumi Palestin.

- Pada safar 1368 / Disember 1948 ikhwan telah dikenakan tindakan ketenteraan . Ketika itu bilangan anggota penggerak Ikhwan tidak kurang daripada setengah juta.

- Beliau telah syahid pada bulan rabi’ul thani 1368 hijrah / 12 Februari 1949, apabila beliau telah dibiarkan tanpa rawatan di hospital setelah ditembak.

Wallahu a'alam

Moga kita termasuk golongan yg menjadi mata rantai prjuangn kbnaran ini. Amin.

ALLAH 

MENANGIS....=)

"Menangis adakalanya dituntut oleh syariat. 

Abid yang menyintai Tuhan akan selalu menangis mengenangkan dosanya.. Mereka
memaksa diri menangis apabila mengenang nasib diri di hari akhirat dan
membayangkan huru-hara apabila menjelang kiamat. Dalam hal ini
menangis adalah dituntut. Setitis airmata yang jatuh kerana takutkan
Allah akan dapat memadamkan api neraka di hari akhirat kelak.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bahawa air mata dari
tangisan pembuat dosa yang bertaubat adalah lebih disukai Allah dari
tasbih para wali. Rasulullah s.a.w juga ada bersabda: "Kejahatan yang
dibuat lalu menimbulkan rasa sedih adalah lebih baik dari kebaikan
yang menimbulkan rasa takbur."

Anas r.a berkata: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w berkhutbah, lalu
baginda bersabda dalam khutbahnya itu: "Andaikan kamu mengetahui
sebagaimana yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan
banyak menangis." Anas berkata: seketika itu para sahabat menutup muka
masing-masing sambil menangis teresak-esak.

Hari ini manusia terus menangis dan menangis, tetapi tangisan mereka
amat jauh bezanya dengan tangisan para Nabi, Rasul dan sahabat. Jika
orang soleh zaman dahulu menangis kerana mengenang nasibnya di akhirat
tetapi orang hari ini menangis kerana takut kehilangan dunia. Tangisan
ini datangnya dari sifat tamak dan tidak redha. Kalau orang soleh
takut berpisah dengan iman dan kecintaannya pada Allah, orang hari ini
takut berpisah dengan dosa dan maksiat. Jika para Nabi dan rasul serta
para sahabat takut menghadapi akhirat, orang hari ini seolah-olah
berani dan tidak takut menghadapinya. Tetapi bila orang soleh berani
menghadapi gelombang hidup duniawi, orang hari ini takut dan lemah
hati dalam menghadapi kegagalan dan kekecewaan dalam hidup.

Menangis dan menangislah tapi biarlah kena pada tempatnya yang
dibolehkan oleh agama. Apa akan jadi jika kita gagal diakhirat? Inilah
sebenarnya kegagalan yang total... Jadi kalau perkara ini yang kita
tangiskan, memang kenalah pada tempatnya. Abu Hummah(Shadujja) Bin
Adilan Albahily r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: "Tiada suatu
yang lebih disukai oleh Allah dari dua titis dan dua bekas. Titisan
airmata kerana takut kepada Allah dan titisan darah dalam
mempertahankan agama Allah. Adapun dua bekas adalah bekas dalam
perjuangan fisabilillah dan bekas perjuangan kewajiban kepada Allah."
(Riwayat Attirmizi)."